Wednesday, November 25, 2009

Akhirnya...alhamdulillah

Alhamdulillah,akhirnya settle final year projek utk thn ni...huh lega rasanya even projek tu wat lam masa smmgu jek,bias0 lerr kja last minute, xdpt lg nk buang habit lama tuh...huh...entahla, nk wat awal2 xd idea, wat last mnute camni larr jadiknya,hasil yg x sberapa...tapi xpa even kja last mnute klu ada keberkatan insyaAllah sumanya berjalan lancar..keberkatan datangnya dari keredhaan Allah dan dr ke2 ibu bapa kita..
Hasil dari doa mak and abah, Allah permudahkan urusan sepanjang wat projek ni...dapat supervisor yg sgt baik, panel presentation yg mmg kamceng...alhamdulillah....
Akhirnya segala2nya berakhir,planning pas ni x terpk lg...rasanya nk balik kg dlu kot, nk bersama2 family,cari kja kt kg sblm result final kluar...
skjap jek masa berlalu,sedih pulak nk tgglkn kwn2,lecture2,uitm....huh...6 thn bersama, byk kngn manis n pahit yg xdpt dlupakan..to all ma prenz, all the best,moga Allah sentiasa permudahkan urusan kita dan berjaya dunia akhirat...^_^

Thursday, September 17, 2009

Monday, September 14, 2009

Facebook dan yahudi

Copy from : www.saifulislam.com

FACEBOOK DAN YAHUDI

Dalam sentimen kemarahan kita terhadap apa yang menimpa umat Islam di bumi Palestin, kemahuan untuk melakukan sesuatu yang berbalut emosi sering membuatkan kita keterlaluan dalam tindakan.

Suatu ketika, kempen boikot berlangsung secara aktif. Senarai panjang barangan dan perkhidmatan disebarkan untuk diboikot. Masyarakat terbahagi kepada beberapa kelompok dalam hal ini. Ada yang menolak sepenuhnya tindakan boikot, ada yang bertindak memboikot sepenuhnya apa sahaja yang berkaitan dengan Yahudi dan Amerika Syarikat, dan di celah kedua-dua aliran itu, ada yang bertindak memboikot secara selektif.

Tindakan memboikot secara selektif ini didorong oleh kesedaran bahawa mengharamkan secara mutlak urusniaga yang membabitkan Yahudi atau Nasrani semata-mata kerana dia itu Yahudi atau Nasrani, adalah suatu tindakan yang tidak menepati kehendak Syara’.

Di dalam Majalah al-Islam keluaran September 2009, terdapat sebuah artikel yang tajuknya amat serius berbunyi, “ZUCKERBERG GUNA FACEBOOK UNTUK BUNUH PENDUDUK PALESTIN”.

Apa yang tidak wajar berlaku ialah, makalah tersebut hanya mendedahkan aktiviti biasa pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, sebagai seorang Yahudi yang ‘multazim’ (mempraktikkan agama Yahudi dalam kehidupan seharian). Tetapi justifikasi terhadap kebenaran dakwaan bahawa Zuckerberg menggunakan Facebook untuk membunuh penduduk Palestin, hanya ditulis dalam sebuah perenggan ringkas berbunyi:

“… Pun begitu sebelum pengharaman oleh dua buah negara tersebut dibuat, wujud desas-desus yang mengaitkan penglibatan laman web tersebut dalam membiayai peperangan di Gaza”

Itu sahaja kenyataan yang wujud di sepanjang artikel berkenaan dalam mengaitkan Facebook dengan jenayah perang di Palestin. Ada pun isi kandungan lain, kesemuanya menceritakan tentang betapa Yahudinya seorang anak muda bernama Mark Zuckerberg, sesuatu yang tidak pernah diputuskan oleh Islam sebagai sebab untuk produk atau perkhidmatannya diharamkan.

ASAL KEHARUSAN MUAMALAH BERSAMA YAHUDI

Terdapat begitu banyak keterangan daripada Sunnah bahawa berurusniaga dengan kaum Musyrikin dan Yahudi itu adalah harus. Misalnya di dalam sepotong hadith:

“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Al-Imam al-Bukhari juga memberikan tajuk kepada salah satu bab di dalam Sahih beliau, yang mendatangkan hadith di atas sebagai, “BAB BERJUAL BELI DENGAN KAUM MUSYRIK DAN YAHUDI”.

Dalam mengulas hal ini, al-Imam al-Nawawi membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Keharusan ini hanya berubah dengan adanya dalil lain yang mengubah keharusan itu, atau berlakunya sesuatu yang mengubah konteks hadith ini. Di dalam kes Facebook, adalah sangat penting untuk didatangkan bukti bahawa Mack Zuckerberg membiayai regim Zionis di Palestin, dan artikel di Majalah al-Islam September 2009 itu gagal mendatangkannya.

Di hujung artikel tersebut, satu lagi dakwaan dibuat pada menyatakan bahawa, “dengan klik sahaja pada Facebook kita juga turut sama menjadi pembunuh orang Palestin di Gaza

Namun sama juga seperti sebelumnya, tiada sebarang bukti diketengahkan pada menunjukkan bagaimanakah penjanaan keuntungan Facebook disalurkan kepada regim Zionis yang menjajah bumi Palestin”.

Kita tidak mahu wujudnya satu budaya paranoid umat Islam yang melatah dengan mudah tatkala didatangi oleh kenyataan-kenyataan seperti ini. Orang Islam sangat cepat dimanipulasi sebagai agen merosakkan produk dan perkhidmatan melalui penyebaran email yang mendakwa ada benda tidak halal, ada campuran beracun dan lain-lain yang mana sebahagaiannya adalah palsu. Ia hanya membuktikan bahawa orang Islam banyak kerisauan tetapi tidak banyak berusaha untuk menyelidik bagi menghilangkan kerisauan tersebut.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada non Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM.

Malah perbuatan anti Yahudi secara semberono begitu adalah bersifat perkauman yang dibenci oleh Islam.

Facebook terbuka sebagai satu ruang untuk dimanfaatkan sebagai medium perhubungan dan penyebaran maklumat. Ia boleh berfungsi sebagai alat dakwah serta penyebaran maklumat, sebagaimana ia juga boleh berfungsi sebagai alat pemasaran. Seandainya di Facebook ada kempen yang memburuk-burukkan Islam, maka gunakanlah ruang yang ada untuk kempen memburuk-burukkan Islam itu ditukar kepada suatu bentuk promosi yang menimbulkan rasa ingin tahu manusia kepada Islam, seperti yang banyak berlaku pasca 11 September 2001.

Namun, jika umat Islam menghabiskan masa di Facebook dengan aplikasi yang melalaikan tanpa sebarang tujuan, penggunaan Facebook boleh menjadi haram ke atas golongan seperti ini, sama seperti pembabitannya dalam aktiviti kosong yang lain.

Wednesday, September 2, 2009

~:>>>

hurmm...Amat payah untuk dilepaskan apa yg kita sayang, tapi kita harus ingat melepaskan tidak bererti mengalah sebaliknya itulah tanda kemenangan kita..melepaskan tidak bererti pengakhiran kehidupan sebaliknya itulah permulaan episod baru kehidupan kita...

Jangan ditangisi, diratapi dan terasa disakiti atas apa yg telah berlaku sebaliknya teruskan berusaha....kerana kebahagiaan hanya layak dikecapi oleh orang yg tidak pernah kenal erti putus asa...

Allah menguji kita dengan menemukan kita dengan pilihan yang salah sebelum menghadirkan kita dengan pilihan yg tepat yg dapat membahagiakan kita supaya kita mendapat pengajaran dan bersyukur keatas rahmatNya..itulah caranya untuk Allah menyedarkan kita...setiap ujianNya pasti pengakhirannya sebuah kebahagiaan...janji Allah untuk org2 yg beriman.

"Siti Hafsah bnti Umar Al-Khattab terlepas untuk memiliki lelaki budiman seperti Abu Bakar Al-Siddiq kerana dia bakal memperoleh lelaki yg jauh lebh baik dari itu iaitu Rasulullah s.a.w... Uthman bn Affan terlepas untuk memiliki Siti Hafsah kerana dia bakal memperoleh perempuan yg lebih mulia, iaitu Ummi Kalthum puteri Rasulullah...Begitulah aturan ALLAH YANG MAHA ADIL, sentiasa menetapkan yang terbaik buat hambaNya".

Kebahagiaan masih ada untuk mereka yg kecewa..kebahagiaan masih terbuka untuk mereka yg disakiti..kebahagiaan masih menanti mereka yg telah berusaha....janji mereka tidak berputus asa..Selayaknya kebahagiaan itu kerana mereka bisa menghargai betapa pentingnya orang yg telah menyentuh kehidupan mereka...

Friday, August 28, 2009

nur kasih:>>realiti 'seorang' lelaki

Tadi sempat tengok cite nur kasih 1/2 jam, episod ke brpa ntah..actually, x penah follow pn cte nih tp tengok suma dak2 umah excited sgt kt depan tv tuh, rasa terpanggil lak nk join skali...conclusion drpd 1/2 jam melayari sebahagian drpd episod nur kasih membibitkan sedikit kebencian terhadap sikap kaum lelaki zaman sekarang yg tidak menghargai wanita ...hurm, agak emosional bunyinya tapi itulah realitinya...lelaki,amat senang melafazkan kata cinta dan cepat pula mengubahnya, sering kali kita dipermainkan oleh kata2 dan pujuk rayu dari lidah 'mereka' yg tidak bertulang itu...dan kita pula kaum perempuan seringkali tewas kerana kelembutan hati kita, satu2nya 'aset' yg selalu dipergunakan untuk menewaskan kita...
Watak Adam, meningalkan nur beberapa tahun lamanya kerana kononya tiada cinta, tetapi tidak pula sanggup melepaskan nur, kenapa dibiarkan hidup nur terseksa? sedangkan dia bahagia dgn isteri barunya,dimana sifat perikemanusiaannya? setelah kembali ke malaysia, dia ingin kembali kepada nur tanpa menceritakan perihal sebenar tentang perkahwinannya dgn katrina..itulah lelaki, suka sgt berselindung,apa salahnya menceritakan perihal sebenar?sedangkan itu semua tindakan dia dan dia harus berani menanggung segala yg bakal berlaku..bekatalah benar walaupun ia pahit...memanglah tidak patut secara totalnya 'menghukum' mereka kerana sebuah drama, tetapi itulah kenyataan yg harus diterima mereka, drama adalah adaptasi daripada realiti..
Dikala nur hampir percaya kepada Adam yg sudah berubah, nur dikejutkan dgn perihal perkawinan Adam dengan Katrina, yg diceritakan sendiri oleh Adam.tetapi ianya sudah agak terlambat, ia menambahkan kekecewaan nur terhadap Adam yang ketika itu sudah percaya dgn Adam dan sudah tentu merasa tertipu dan merasa tidak dihargai. Andai Adam menceritakan perihal sebenar itu lebih awal sewaktu Adam 'mula' mendekati nur, kekecewaan nur tidak mungkin sedalam sekarang kerana sewaktu itu nur tidak menaruh harapan tinggi dari Adam walaupun dia memang mencintai Adam...mmm,kecewanya apabila ditipu oleh org yg kita percaya:)p.

"Kita sering mengharap dan tidak pernah puas dengan apa yg dianugarahkan untuk kita sedangkan setiap yang dianugarahkan itu punya kesempurnaan dan kekurangan sendiri"

Tuesday, August 25, 2009

Berhenti berharap...

Indon punya lagu daaaa

Artist: Sheila On 7

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengertiSemua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Sunday, August 23, 2009

Mohammad Aboutreika


Mohammad Aboutreika, pemain bola sepak kebangsaan mesir yg selayaknya menjadi idola bg peminat bola sepak islam. Pada 2008, dia pernah diundi sbg pemain dunia paling popular dalam International Federation of Football History & Statistics (IFFHS).
Pada Jan 2008, beliau membuat satu kejutan yg amat membanggakn umat islam pada perlawaanan menentang Sudan dalam ACN di Ghana. Beliau telah menyingkapkan jersinya yang mendedahkan t-shirt yg bertulisan "sympathize with Gaza" sejurus menjaringkan gol pertama untuk perlawanan dalam ACN. Pengadil telah menghukumnya dgn mengenakan kad kuning kerana dikatakan membawa mesej berunsurkan politik. Beliau selayaknya dijulang tinggi kerana berani menaggung risiko yg bakal menggugat kariernya demi menyuarakan perasaan umat islam dan saudara2 di Gaza.
Pada 2006, beliau turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap lukisan karikatur zalim nabi Muhammad s.a.w dengan menyingkap jersi dan mendedahkan t-shirt yg bertulisan “We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" setelah menjaringkan gol pada ACN2006. Beliau menggunakan kemampuanya bermain bola sepak untuk meperjuangkan isu umat islam. Satu penngorbanan yg cukup membanggakan yg perlu dicontohi pemain bolasepak islam lain.
Setiap kali berjaya menjaringkan gol, beliau akan bersujud syukur. Beliau turut dikenali dgn seoarang yg beraklak mulia,patuh kepada perintah agama, bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan serta aktiviti sosial lain. Inilah gambaran kecenderungan dan prinsip beliau yg unik. Kerajaya sebagai pemain bola sepak tidak memisahkan tanggungjawabnya terhadap islam.
Beliaulah selayaknya menjadi idola kita, bukan david beckham,michel owen ataupun yg sewaktu dengannya!!!

Saturday, August 22, 2009

Don't judge book by it's cover

"Mungkin insan yang zahirnya buruk, namun keampunan Allah melimpah untuknya disebabkan perkara-perkara yang tidak kita ketahui. Mungkin juga seseorang kelihatan baik pada sisi manusia, namun dia keji di sisi Allah. Allah menimbang setiap insan amalan baik dan buruknya. Sesiapa amalan baik melebihi amalan buruknya, maka selamatlah dia. " Dr. Maza.

Saturday, August 15, 2009

Mengimbau memori lama

Pengalaman mewarnai kehidupan~terimbau kenangan lalu,sewaktu baru meniti alam persekolahan, warna2 kehidupan tercorak dan menghasilkan diri aku sekarang, satu perjalanan yg cukup untuk mendewasakan aku...
Kehidupan menuntut ilmu secara formal bermula ketika umur aku 6 tahun. aku dihantar oleh mak n abah belajar di tadika islam kt kampung. Tadika ini menekan aspek ilmu keagamaan. disini aku diajar menghafal doa2 basic spt doa mkn,doa tidur n etc, belajar bahasa arab, belajar sembahyang, belajar mengenal huruf jawi...mmm, satu permulaan hidup yg bersih.
Umur 7 thn aku masuk sekolah rendah,darjah 1. seingat aku, hari pertama persekolahan aku hanya ditemani oleh abang aku tanpa ditemani mak n abah.time tu abg aku 2 orang satu sekolah ngn aku. abah aku pula sibuk ngn business proses ayam yg masih baru waktu tu. selalunya hari 1st persekolahan, suma orang ditemani ibu bapa...mmm,tapi aku tak kisah pn sebab dah biasa pergi tadika sorang2 sebelum ni. lagipun abang aku kan ada,diorang la yg tolong wat pendaftaran tuk aku. respect la kt abg aku, br umur 11 tahun dah boleh amek tanggungjawab seorang ayah. bila difikir2kan balik, bagus jugak abah train kitaorang cam tuh, bila besar boleh idup berdikari dan tak menyusahkan orang lain. aku ni kira ok la xpayah daftarkan diri sendiri, abang aku sekolah rendah p daftar sendiri jek.
Umur 13 thn,aku masuk sekolah menengah. Hal2 yg berkaitan untuk pendaftaran persekolahan semuanya disettlekan sendirian. ayah aku hanya menghulurkan wang. time ni rasa bangga kerana sudah berjaya mengurangkan sedikit beban abah, tak perlu temankan pergi pendaftaran:)p.Abah tak sama ngn abah orang lain.waktu kerjanya berbeza, tidak ada cuti dalam hidupnya. itulah pengorbanan abah utk kami. sebab tu aku seboleh2nya tidak mahu menyusahkan beliau walaupun kekadang sengaja menyusahkan...he. aku stay kt asrama dr form 1 smp form 5.banyak sgt kenanagan time alm persekolahan menegnah Kenanagan yg paling tidak dilupakan, time result pmr kuar, aku dapat 7a..smp ja rumah abah dah tunggu, abah peluk dan cium aku..di situ ada sinar kegembiraan dan kebahagiaan dr riak muka abah.itulah hadiah dr abah plg bermakna utk aku.time tu rasa amat bersyukur dapat mengengembirakan abah. Tapi time spm aku dah kecewakan abah,aku gagal mendapat keputusan cemerlang. ingat abah dah nk marah, tapi sebaliknya berlaku, abah bg kata2 semangat utk aku. aku tahu abah bukan mengharapkan kecemerlangan akademik semata2, tetapi abah mengharapkan aku menjadi MANUSIA yg sebenarnya.
pas spm,aku dpt masuk uitm. time ni pergi pendaftaran pun sendirian.semuanya yg berkaitan dengan pendaftaran termasuk yuran,medical checkup,isi borang aku settlekan sendiri. abah hulurkan wang..he.bila difikir2kan balik betul tindakan abah mengjar aku berdikari sejak sekolah rendah.bila dah besar hampir suma hal aku boleh wat sendiri. Setiap tindakan ibu bapa kita sebenarnya satu perancangan yang terbaik untuk kita tanpa kita sedari. time diploma rasanya paling banyak kenangan bersama kwn2,yg paling xdpt dilupakan time dok umah sewa. team 1 umah sewa :jura,asma,yus, ummi, khai,isma, nye...tahun 2006, tamat pengajian diploma dan 2007 konvokesyen berlangsung.time konvo mak n abah tak datang pn,aku tak kisah pun sebenarnya even ter detik dlm ati seronok jgk hari bahagia kita dikongsi ngn org tersayang. tapi aku harus paham ngn kesibukan abah ngn proses ayam. lgipun dimana2 pn ia boleh diraikan...
Sekejap ja masa berlalu, sekarang dah masuk degree.dah nak abes pn...mmm...itulah antara perjalanan hidupku yg menghasilkan diri aku sekarang...'diri kita hasil dari coretan masa lalu'

Tuesday, August 11, 2009

Selsema

mmm..akhir2 ni hujan tiap2 petang,semalam balik kelas time hujan, apalagi hari ni terus kena serang ngn selsema..rasa terganggu lak nk wat kerja, hingus x berenti2 keluaq,agak tension la (astaghfirullah), tuh yg beralih ke blog nih...
minta2 dijauhkan dr selsema babi:)p..YaALLAH selamatkan hambaMU, ibu bapa, keluarga, rakan2 dan seluruh umat islam dr selsema babi...ameen.
Penyakit adalah salah satu ujian drNya untuk menyedarkan kita bg yg terleka dan meningkatkan lg iman seseorang bg yg berjaya menghadapinya...tapi seringkali kita (termasuk aku) mengeluh apabila ditimpa sesuatu penyakit, seringkali kita lupa yg mendatangkan penyakit tersebut adalah Allah dan itulah tanda sayangnya Pencipta terhadap hambaNya. Oleh itu haruslah kita bersabar menghadapinya dan bermuhasabah diri terhadap apa yg telah kita lakukan sebelum ini, adakah betul tindakan kita selama ini atau sudah tersasar jauh dr Nya?

hmm,,pagi ni hujan lagi,tak jadi nk jumpa supervisor, takut lak t melarat lak selsema..mmm, tid0 jela kt rumah...bismikallah humma ahya na wa amud..ameen...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, August 6, 2009

Nisfu Syaaban

Malam nisfu syaaban adalah malam yg ke15 syaaban dalam kalendar islam dimana malam tersebut Allah mengampuni semua hamba2Nya kecuali musyrik (orang2 yg syirik) dan orang yang bermusuhan (orang yg saling membenci).
Berdasarkan amalan masyarakat kita saban tahun sehingga sekarang, malam nisfu syaaban biasanya diisi dgn solat sunat selepas maghrib berserta doa minta dipanjangkan umur, bacaan yasin 3 kali, dan berpuasa sunat pada keesokan harinya.
Adakah amalan2 ini disabitkan daripada nabi Muhammad s.a.w?

Persoalan ini telah dijawab oleh Dr. Asri, mantan mufti Perlis didalam web beliau, http://drmaza.com/ (minda mufti) seperti di bawah:

Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca yasin sempena Nisfu Sya’ban, solat-solat khas tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

Tuesday, August 4, 2009

logik ke

Semalam g service motor, tukaq apa yg patut...mmm...abes rm105..cm xlogk jek tp nk wat cmna aku pn xtau harga seben0r setiap brg2 yg aku tukq tuh..huh..ni lar akibatnya x penah g service motor sdr so xtau hrga brg2 utk motor,sll adik aku yg wat suma ni, ni da d0k jauh kena la g anta kedai...moral value,belajarlah mengenali barang2 motor dan harganya sekali!!!

rantai rkm + minyak itam advance shell (kuning) + filter + brek belakang = rm 105

adakah den ditipu????hwa...hwa..hwa..

Monday, August 3, 2009

Kewajaran demonstrasi anti ISA

Demonstrasi anti ISA-satu perarakan beramai2 untuk penyerahan memorandum memansuhkan ISA (Internal Security Act) ke istana yg telah diadakan pd 1 Ogos 2009. Demonstrasi adalah salah satu saluran yg boleh digunapakai untuk menyuarakan sokongan atau bantahan ke atas sesuatu perkara. ISA atau akta keselamatan dalam negeri adalah undang2 penahanan untuk mencegah yg telah dikuatkuasakan di Malaysia sejak tahun 1960 lagi. Undang2 ini membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari berdasarkan pertuduhan mengancam keselamatan negara TANPA PERBICARAAN dan TANPA DIBERI HAK MEMBELA DIRI. selepas 60 hari, penahanan individu tersebut boleh berlanjutan hingga 2 tahun dan berkemungkinan sehingga satu tempoh yg panjang bergantung kepada arahan Menteri Dalam Negeri. ISA asalnya digunakan untuk tujuan kedaulatan negara untuk menentang pencerobohan kuasa asing tetapi sebaliknya telah berlaku dimana ia telah disalahgunakan untuk menjamin keselamatan kerajaan bukan keselamatan negara.Bagi aku dalm hal ini, demonstrasi ini amatlah wajar!!!
walaupun aku bukan ahli politik atau orang yg berkenaan yg layak membicarakan perihal ISA, tetapi berbekalkan sedikit pendedahan tentang ISA rasanya sudah cukup kuat untuk aku turut tidak bersetuju dgn akta kezaliman ini..Adakah dibenarkan dalam islam seseorang yg ditahan tidak diberi peluang untuk membela diri dalam satu perbicaraan adil dan terbuka??Adakah adil ISA hanya dikenakan keatas pengkritik2 kerajaan??Apakah yg akan terjadi jika satu masa kelak negara kita dikuasai oleh orang bukan melayu dan islam dan pd masa itu ISA masih wujud???Tidakkah ia akan disalahgunapakai untuk melenyapkan melayu atau orang islam???
Berdasarkan pendapat dari bekas mufti perlis tentang kewajaran ISA, beliau dengan jelas menyatakan ISA wajar digubal berlandaskan hukum2 islam dan menggesa majlis fatwa bersidang mengenai ISA. Menurut beliau seseorang ada hak untuk bersuara dan menyatakan samada dia benar atau salah.Beliau turut membayangkan bagaimana suatu hari nanti negara kita dikuasai orang bukan islam dan menyalahgunakan ISA.Jika hendak dipertahankan juga ISA, seharusnya ia digubal berlndaskan hukum2 islam.
Mengenai demonstrasi pula, mereka boleh mengkritik demonstrasi tersebut kononnya menggangu ketenteraman awam, merosakkan perpaduan menggangu kehidupan harian di kuala Lumpur dan macam macam lagi.ya itu hak mereka untuk mengkritik tetapi adakah mereka terpikir nasib dan perasaan anak2 dan isteri mangsa ISA yg telah ditahan bertahun lamanya tanpa diberi peluang membela diri. sudah tentu keluarga mangsa ISA lebih merasa peritnya, dimana isteri sendirian mencari rezeki untuk menyara anak dan anak2 kehilangan kasih sayang seorang ayah disamping terganggu emosinya sebagai kanak2. Sudah tentu mereka terpanggil untuk memperjuangkan supaya ISA dimansuhkan.oleh itu aku tidak menyalahkan mereka yg berdemonstrasi. Mengenai kerugian beribu2 ringgit kesan dari demokrasi ini apalah sangat jika dibandingkan dengan berapa ramai yg ditahan di ISA tanpa terbukti kesalahan mereka sedang menaggung kesengsaraan. Kita harus faham tiada sesutu yg baik boleh diperolehi secara percuma. Demokrasi, kebebasan dan keadilan harus dibeli dengan nyawa, harta benda dan darah.

Wednesday, July 22, 2009

Pengakhiran sebuah kehidupan

Meniti hari2 dalam kehidupan yg kian mendekatkan kita kepada penghujung kehidupan ini..entahkan esok, entahkan lusa kita akan dijemput Ilahi, tidak dapat kita ramalkan bilakah 'waktu' itu bakal tiba...pengakhiran sebuah kehidupan!!!
Satu kepastian yg bakal mengadili kita utk kehidupan di dunia ini....Apakah amalan dan kebaikan yg dilakukan?apakah dosa yg telah dilakukan?semuanya bakal diadili kelak tanpa tercicir walau 1atto size kebaikan atau kejahatan yg telah dilakukan....
Hari ini keinsafan terdetik seketika dan esok kealpaan bakal menjelma semula, begitulah silih berganti....
Inilah realiti 'aku' seorang hamba yg sering terleka..apabila didalam kesulitan ingatan kepadaMu segar dan apabila dalam kegembiraan ingatan kepadaMu kembali pudar..huh..
Bilakah ku akan kembali kepada fitrah sebenar????0h Tuhanku...................

Mengemis kasih - Raihan

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Monday, July 20, 2009

bunga2an

sampai bilaku harus menanti...
kpd 1 yg tidak pasti,
aku keliru5x
atr menurut kata hatiku,
atau men "taram" jek wat pilihan...huhu
aku enggak pasti dong....
hwa..hwa..hwa

"trying to forgot someone like trying to remember
s0me0ne, u are never2 meet.."

Saturday, July 18, 2009

Kawan...

manakah lebey penting...atr menjaga perasaan 'kawan' atau membiarkan diri kita memendam perasaan???
kadang2 'kawan' pn patut sendiri paham la output signal yg dikeluarkan..sebelum perkataan jujur yg boleh menyakitkatkan hati dihamburkan utk 'kawan'...entahla...

Tuesday, July 14, 2009

Suratan atau kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

ingat!!!

3 kategori manusia:

BERJAYA:hari ini lebih baik dr semalam

TERPEDAYA: hari ini sama seperti semalam

CELAKA: hari ini lebih teruk drpd semalam

Monday, July 6, 2009

Bergambar solo dgn bkn mahram

Elakkanlah bergambar solo dengan mana-mana lelaki yang bukan Mahram anda,Begitu juga dengan anak muda, janganlah dibiasakan bergambar dengan perempuan-perempuan yang bukan ibu, adik beradik perempuan atau opah wan anda.

hadith-malu

“Sesungguhnya di antara perkara yang menjadi pengetahuan sekalian manusia, yang datang dari kalam Nubuwwah ialah, jika kamu tiada rasa malu, buatlah apa sahaja yang engkau mahu!” [Hadith al-Bukhari : 3224]

dicopy dr saifulislam.com

*
aku pernah bergmbar...isk2,dmana hilangnya malu hambaMu ini ketika itu..YaAllah tebalkan rasa malu hambaMu terhadap perkara2 yg menjadi laranganMu...ameen

Sunday, July 5, 2009

??????


Jika kita cintakan seseorang, lepaskanlah dia pergi. Jika dia kembali, maka dia adalah ditakdir kan untuk kita dan jika sebaliknya dia memang tidak pernah menjadi milik kita....????

Praktikal



2hb last day sy praktikal kt TM..syok+sedih+best+epy+...perasaan bercampur baur..keh2..sedih gila nk tinggalkan stuf2 TM yg sll blnja mkn...huhu...bab mkn n0 1..isk2
spjg praktikal,byk ilmu diperolehi..in communication system:about cabel,fixed line,transmission system n byk lg...ilmu yg sgt2 berguna
Terima kasih utk pakcik2 n makcik2 TM yg sudi mencurahkan ilmu utk kami..jasamu amat kami hargai....



Saturday, June 27, 2009

Seringkali kita........

DalAm melayari hidup ini,seringkali kita gagal menjadi hambaNYA...seringkali kita alpa dgn dunia yg sementara...Seringkali kita meninggalkan kewajipan kita sbg umatNYA..seringkali kita pinggirkan sunnah Nabi Muhammad s.aw...seringkali kita tidak menghormati ibu bapa...seringkali kita mengabaikan org tua...seringkali kita lokek untuk memberi kepada yg memerlukan... seringkali kita tidak bersyukur dgn nikmatNya...dan seringkali...............adakah kita layak bergelar hambaNYA jika 'seringkali' ini sebati dalam hidup kita???????
Astagfirullahhala'zim...Ya Allah,ampunkan dosa hamba-Mu ini...ameen

Thursday, June 18, 2009

Penyesalan...

1000 penyesalan tidak akan mengubah kenyataan yg tersurat
yg telah berlaku biarkan ia berlalu pergi
jadikan ia pengajaran menempuh hari2 mendatang

aku mohon padaMu Ya Rabbi
ampunkan dosa hambaMu ini
atas kelalaian
selama ini
berikanlah kekuatan iman
menempuh hari2 mendatang...
Ya ALLAH,
kepadaMu tempat hambaMu mengadu...
meminta pertolongan.....ameen


BERHATI2lah DALAM MENGATUR SETIAP LANGKAHMU!!!!

Tuesday, June 16, 2009

you took my heart away

Tetiba rasa nk layan jap lagu michel learn to rock..igt time diploma d0lu2,memori bersama asmanizan,asma my best prenzz yg suka sgt lagu nihh,dia la agen pembawa lagu MLTR..hehhe
you took my heart away...lagu ni,keep a lot of memory!!!


Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hope or dream
Try to dull an inner scream
But you . . . saw me through . . .

Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now I'm in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Living in a world so cold
You were there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start
And now . . . I 'm in love

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .

Holding your hands
I won't fear tomorrow
Here where we stand
We never be alone

You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning
You become the meaning of my life . .

Sunday, June 14, 2009

Tangan yg menghulur

semalam, tepat ja kol 5 jam d blik network operation TM,aku terus ja angkat kaki ke stesen bas,ari ni aku p n balik praktikal nek bas,moto abg aku rosak...
kt stesen bas aku dpt menda baru,1 pengajaran n 1 penghakiman...sambil tunggu bas aku kol 5.30, aku meninjau gerak geri orang d sekeliling aku,bermacam macam ragam..tiba2 mataku terpaku pd s0rg peminta sedekah brbangsa india, dr penglihatan aku rasanya peminta sedekah ni cam sakit ja, kurus,kaki berbalut,dgn tiub tergantung..dr seorang ke seorang dia bergerak memohon simpati, dan kekaguman melanda diri aku apabila melihat kebanyakan mat2 indon n vietnam menghulurkan wang...dan orang malaysia lak xkira la india ka,melayu ka,cina ka,sama ja wat x tau ja kt peminta sedekah tuu..mungkn la org kita ni dah muak dgn peminta2 sedekah yg bertebaran kt ngr kita nih tp mengapa ind0n2 ni xmuak pn ngn pminta sedekah sedangkn negara ind0nesia lg la ramai peminta sedekah, lagipun x semua peminta sedekah ni tipu,kita pn kna la tgok l org yg meminta tu cne, dah terang2an dia memerlukan,mengapa x kita menghulurkan???at least 10sen pn dah ckup....
dr peristiwa nih,btoi spt apa yg aku pernah dengar sblom ni..org yg biasa mengalami kesusahan tidak akan teragak2 membantu org lain dlm kesusasahan apabila dia berkemampuan dan org yg didalam keselesaan tanpa pernah mengalami kesusahan agak susah menghulurkan untuk org yg dalam kesusahan....yela org2 ind0n n vietnam kn susah kt negara sendiri,then bila dtg sini dapat keselesaan mereka tak lupa untuk menghulurkan kpd yang memerlukan sedangkan kita yg memang sudah berada dalam keselesaan sudah lupa untuk menghulurkan...ini sekadar judgement perbadi aku yee
moral value of the story:pemberian kita amat bermakna untuk orang yang memerlukan, ringan2kan tangan kita untuk menghulur

Saturday, June 13, 2009

Teman sejati

jodoh tak dtg b'golek.kita perlu berhenti berusaha apabila kita telah yakin yang kita memang tidak ada jodoh. dan keyakinan itu hanya layak untuk dipercayai apabila nyawa melepasi halqum…

berputus asalah kalian dari usaha, pasti Allah ‘berputus asa’ dari mengurniakannya


Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini
PadaMu Ilahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui
Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita
Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Sunday, March 29, 2009

w0w!!


high v0ltage tUUU..ilex ja technition nih wat kja

Saturday, March 28, 2009

Final Exam!!!

Jadual final dh kuaq...hwahwa...terasa bahgianya aku leh blik kg, dh lma x blek..h0yeye..aku nyr pper start 29hb 4, n pper k2 8hb 5...mmg cun lah, aku leh balik start stdy week smp la 28hb..xsab0 aku menanti saat itu..haha..utk kwn2 aku yg xleh blik tuh,dak2 pow n comm exp isma,ana n nad, dok kt bilik study hard,jgn mmbuta jek,berjuanglah hgga ke titisan akhir,pesanan dr aku yg b0leh balik kg,haha..jgn jeles,aku 2 pper ja...berbal0i peng0rbanan aku wat rep0rt selama nih,xpyh penat2 stdy tuk final pper,sem nih aku amek 2 pper final ja...fuhh,terasa bahagianya...tp sblm smp saatt uh,sakit gk la aku,kna anta rep0rt,asement, slide present n ...........byk nau...

31/3 - present MGT
2/4 - slide presentation ph0t0nik
7/4 - test MGT
7/4 - test satellite
9/4 - submit asement semic0nd
14/4 - test ph0t0nic
..29/4-submit asement semicond
29/4 - final MGT
8/5 - final satellite

11/5......balik kg wat practical..h000reyyy......

Friday, March 20, 2009

dUbAI.. in my dream

dubai makin maju skang nih, senibina bgnn2 dia, fuhh..unik bangat..terserlah kemodenannya, aku smp t'mimpi2 memijak lantai dubai..keke..nih ada cket gmbq2 facilities kt dubai yg aku cilok dr website brkaitan dubai lam tenet

airport dubai


dubai mall

Thursday, March 19, 2009

cONgrat!!!


Congratulation tuk adek madehah, mendapat 20A dlm SPM..kagum2...mmmg hebat dak nih, dgn idup yg serba kekurangan, dia dapat sk0r da best, dia sbnaqny yg terbaek jika nk dc0mparekn ngn dak2 terbaek SPM sblom nih, yg idup senang..dia hanya pljr sk0lh biasa,sk0lah under yayasan islam kltn,dimana cikgu2 bkn semua b'klulusan tinggi spt sk0lah kerajaan, yang x mmentingkan gaji semata2 jka dbandgkn dgn sstgh cikgu sk0lah kbangsaan..tp dgn keiklasan cikgu2 tersebut,hasilnya dpt melahirkn peljr2 terbaek bkn utk 1st time tp dah bertime2...pghargaan memang patut dberikan...
tp yg agak x adil utk dak nih, waktu pgumuman keputusan SPM dibuat, namanya x dsbut sbg pljr trbaek sbaliknya 2 org peljr cina dr sk0lah cina dsbut klu xslah hanya dpt 16 A ..mengapa ini terjadi???hanya krn nik madihah bkn pelajar sk0lah kebangsaan tp berasal dr sk0lah under yayasan klantan, even dia anak melayu.. dlm hal ini siapakah yg x memartabatkan bangsa MELAYU??lihatlah mentaliti pemimpin kita,yg tegar meminggirkn bangsanya sendiri demi kepentingan politik???pikir2kanlah

Monday, March 16, 2009

life must g0 0n......

sedaq xsdaq dah 23 taun (on dway 24) idup kt d0nia nii..ingat time d0lu2..dr lahir smp 12 taun,idup dalam d0nia aku sendiri,yg bersih dr sgla2nya.. umpatan, kejian, kutukan,penipuan, kemarahan n etc xpernah kukenal..heheh..yg aku tahu main,main n terus bermain..bla dpikir2 balek,beter idup cam 2,xd la byk wat d0sa..tp klu nk terus idup cam2,xd maknanya idup kta...xd warna warninya..h0h0
sebab 2 la kta ada peringkat2 dlm idup..kanak2,remaja,dewasa ,belia,tua...n then matiiiii...
semuanya ketentuan ALLAH yg telah aturkan utk kita yg terbaek,selebihnya tanggungjwab kita menentukan hala tuju idup kita sendiri,samada terus djalanNya atau sebaleknya...sm0ga kita sentiasa berada dijalanNya..amin

xd idea


ni gmbq time p visit tuk subjk satellite kt telek0m. dr kiri manir(ktua kluarga..he),sha,jijah,noor,aru,fara,hamidah n nad.

Sunday, January 11, 2009

org2 islam di palestin

tetiba rasa t'amat sedey tg0k p'deritaan org2 islam di palestin,puak2 israel nih makin melampau lak,x abes2 nk hancurkn org islam..aku kt m'sia nih hanya mampu merenung dr jauh dgn perasaan simpati danmemohon pertolongan dr Allah..s0k,sek(sedih)...disaat ini aku merasa betapa tidak bergunanya aku sbg umat islam yg merelakan saudara seagama ditindas tanpa melakukan apa2 tindakan..Ya Allah,ampunkan d0sa hambamu yg lemah ini..hanya d0a yg mampu ku pohon dr Ya Rabbi selamatkan mereka...Ya Allah!!sebagaimana engkau pernah menghantar burung2 ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin maka kami memohon kepadaMu YA Allah..Turunkanlah bantuanMu kali ini kepada org2 islam di palestin dan leban0n, hancurkanlah rejim zionis...ameen

Sunday, January 4, 2009

NEW sem

sem br dah m0la...h0h0,malasny nk g klas..timetable pn berterabur,klas xtau kt mna,1 hal la pulak nk cr klas...tp kira 0kla sem ni xd padat sgt,leh g jlan2,abeskn duet kerajaan...haha
tuk sem nih segala2nya br...tahun br,azam baru(cehhhh)...apa azam br taun ni a????
kurang'n mengumpat,g0sip,tid0...insyaAllah,d0a2 kn la ye
bye2.."selamat beramal"..assalammualaikum