Sunday, August 23, 2009

Mohammad Aboutreika


Mohammad Aboutreika, pemain bola sepak kebangsaan mesir yg selayaknya menjadi idola bg peminat bola sepak islam. Pada 2008, dia pernah diundi sbg pemain dunia paling popular dalam International Federation of Football History & Statistics (IFFHS).
Pada Jan 2008, beliau membuat satu kejutan yg amat membanggakn umat islam pada perlawaanan menentang Sudan dalam ACN di Ghana. Beliau telah menyingkapkan jersinya yang mendedahkan t-shirt yg bertulisan "sympathize with Gaza" sejurus menjaringkan gol pertama untuk perlawanan dalam ACN. Pengadil telah menghukumnya dgn mengenakan kad kuning kerana dikatakan membawa mesej berunsurkan politik. Beliau selayaknya dijulang tinggi kerana berani menaggung risiko yg bakal menggugat kariernya demi menyuarakan perasaan umat islam dan saudara2 di Gaza.
Pada 2006, beliau turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap lukisan karikatur zalim nabi Muhammad s.a.w dengan menyingkap jersi dan mendedahkan t-shirt yg bertulisan “We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" setelah menjaringkan gol pada ACN2006. Beliau menggunakan kemampuanya bermain bola sepak untuk meperjuangkan isu umat islam. Satu penngorbanan yg cukup membanggakan yg perlu dicontohi pemain bolasepak islam lain.
Setiap kali berjaya menjaringkan gol, beliau akan bersujud syukur. Beliau turut dikenali dgn seoarang yg beraklak mulia,patuh kepada perintah agama, bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan serta aktiviti sosial lain. Inilah gambaran kecenderungan dan prinsip beliau yg unik. Kerajaya sebagai pemain bola sepak tidak memisahkan tanggungjawabnya terhadap islam.
Beliaulah selayaknya menjadi idola kita, bukan david beckham,michel owen ataupun yg sewaktu dengannya!!!

No comments: