Saturday, August 15, 2009

Mengimbau memori lama

Pengalaman mewarnai kehidupan~terimbau kenangan lalu,sewaktu baru meniti alam persekolahan, warna2 kehidupan tercorak dan menghasilkan diri aku sekarang, satu perjalanan yg cukup untuk mendewasakan aku...
Kehidupan menuntut ilmu secara formal bermula ketika umur aku 6 tahun. aku dihantar oleh mak n abah belajar di tadika islam kt kampung. Tadika ini menekan aspek ilmu keagamaan. disini aku diajar menghafal doa2 basic spt doa mkn,doa tidur n etc, belajar bahasa arab, belajar sembahyang, belajar mengenal huruf jawi...mmm, satu permulaan hidup yg bersih.
Umur 7 thn aku masuk sekolah rendah,darjah 1. seingat aku, hari pertama persekolahan aku hanya ditemani oleh abang aku tanpa ditemani mak n abah.time tu abg aku 2 orang satu sekolah ngn aku. abah aku pula sibuk ngn business proses ayam yg masih baru waktu tu. selalunya hari 1st persekolahan, suma orang ditemani ibu bapa...mmm,tapi aku tak kisah pn sebab dah biasa pergi tadika sorang2 sebelum ni. lagipun abang aku kan ada,diorang la yg tolong wat pendaftaran tuk aku. respect la kt abg aku, br umur 11 tahun dah boleh amek tanggungjawab seorang ayah. bila difikir2kan balik, bagus jugak abah train kitaorang cam tuh, bila besar boleh idup berdikari dan tak menyusahkan orang lain. aku ni kira ok la xpayah daftarkan diri sendiri, abang aku sekolah rendah p daftar sendiri jek.
Umur 13 thn,aku masuk sekolah menengah. Hal2 yg berkaitan untuk pendaftaran persekolahan semuanya disettlekan sendirian. ayah aku hanya menghulurkan wang. time ni rasa bangga kerana sudah berjaya mengurangkan sedikit beban abah, tak perlu temankan pergi pendaftaran:)p.Abah tak sama ngn abah orang lain.waktu kerjanya berbeza, tidak ada cuti dalam hidupnya. itulah pengorbanan abah utk kami. sebab tu aku seboleh2nya tidak mahu menyusahkan beliau walaupun kekadang sengaja menyusahkan...he. aku stay kt asrama dr form 1 smp form 5.banyak sgt kenanagan time alm persekolahan menegnah Kenanagan yg paling tidak dilupakan, time result pmr kuar, aku dapat 7a..smp ja rumah abah dah tunggu, abah peluk dan cium aku..di situ ada sinar kegembiraan dan kebahagiaan dr riak muka abah.itulah hadiah dr abah plg bermakna utk aku.time tu rasa amat bersyukur dapat mengengembirakan abah. Tapi time spm aku dah kecewakan abah,aku gagal mendapat keputusan cemerlang. ingat abah dah nk marah, tapi sebaliknya berlaku, abah bg kata2 semangat utk aku. aku tahu abah bukan mengharapkan kecemerlangan akademik semata2, tetapi abah mengharapkan aku menjadi MANUSIA yg sebenarnya.
pas spm,aku dpt masuk uitm. time ni pergi pendaftaran pun sendirian.semuanya yg berkaitan dengan pendaftaran termasuk yuran,medical checkup,isi borang aku settlekan sendiri. abah hulurkan wang..he.bila difikir2kan balik betul tindakan abah mengjar aku berdikari sejak sekolah rendah.bila dah besar hampir suma hal aku boleh wat sendiri. Setiap tindakan ibu bapa kita sebenarnya satu perancangan yang terbaik untuk kita tanpa kita sedari. time diploma rasanya paling banyak kenangan bersama kwn2,yg paling xdpt dilupakan time dok umah sewa. team 1 umah sewa :jura,asma,yus, ummi, khai,isma, nye...tahun 2006, tamat pengajian diploma dan 2007 konvokesyen berlangsung.time konvo mak n abah tak datang pn,aku tak kisah pun sebenarnya even ter detik dlm ati seronok jgk hari bahagia kita dikongsi ngn org tersayang. tapi aku harus paham ngn kesibukan abah ngn proses ayam. lgipun dimana2 pn ia boleh diraikan...
Sekejap ja masa berlalu, sekarang dah masuk degree.dah nak abes pn...mmm...itulah antara perjalanan hidupku yg menghasilkan diri aku sekarang...'diri kita hasil dari coretan masa lalu'

No comments: