Thursday, August 6, 2009

Nisfu Syaaban

Malam nisfu syaaban adalah malam yg ke15 syaaban dalam kalendar islam dimana malam tersebut Allah mengampuni semua hamba2Nya kecuali musyrik (orang2 yg syirik) dan orang yang bermusuhan (orang yg saling membenci).
Berdasarkan amalan masyarakat kita saban tahun sehingga sekarang, malam nisfu syaaban biasanya diisi dgn solat sunat selepas maghrib berserta doa minta dipanjangkan umur, bacaan yasin 3 kali, dan berpuasa sunat pada keesokan harinya.
Adakah amalan2 ini disabitkan daripada nabi Muhammad s.a.w?

Persoalan ini telah dijawab oleh Dr. Asri, mantan mufti Perlis didalam web beliau, http://drmaza.com/ (minda mufti) seperti di bawah:

Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca yasin sempena Nisfu Sya’ban, solat-solat khas tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

No comments: