Monday, August 3, 2009

Kewajaran demonstrasi anti ISA

Demonstrasi anti ISA-satu perarakan beramai2 untuk penyerahan memorandum memansuhkan ISA (Internal Security Act) ke istana yg telah diadakan pd 1 Ogos 2009. Demonstrasi adalah salah satu saluran yg boleh digunapakai untuk menyuarakan sokongan atau bantahan ke atas sesuatu perkara. ISA atau akta keselamatan dalam negeri adalah undang2 penahanan untuk mencegah yg telah dikuatkuasakan di Malaysia sejak tahun 1960 lagi. Undang2 ini membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari berdasarkan pertuduhan mengancam keselamatan negara TANPA PERBICARAAN dan TANPA DIBERI HAK MEMBELA DIRI. selepas 60 hari, penahanan individu tersebut boleh berlanjutan hingga 2 tahun dan berkemungkinan sehingga satu tempoh yg panjang bergantung kepada arahan Menteri Dalam Negeri. ISA asalnya digunakan untuk tujuan kedaulatan negara untuk menentang pencerobohan kuasa asing tetapi sebaliknya telah berlaku dimana ia telah disalahgunakan untuk menjamin keselamatan kerajaan bukan keselamatan negara.Bagi aku dalm hal ini, demonstrasi ini amatlah wajar!!!
walaupun aku bukan ahli politik atau orang yg berkenaan yg layak membicarakan perihal ISA, tetapi berbekalkan sedikit pendedahan tentang ISA rasanya sudah cukup kuat untuk aku turut tidak bersetuju dgn akta kezaliman ini..Adakah dibenarkan dalam islam seseorang yg ditahan tidak diberi peluang untuk membela diri dalam satu perbicaraan adil dan terbuka??Adakah adil ISA hanya dikenakan keatas pengkritik2 kerajaan??Apakah yg akan terjadi jika satu masa kelak negara kita dikuasai oleh orang bukan melayu dan islam dan pd masa itu ISA masih wujud???Tidakkah ia akan disalahgunapakai untuk melenyapkan melayu atau orang islam???
Berdasarkan pendapat dari bekas mufti perlis tentang kewajaran ISA, beliau dengan jelas menyatakan ISA wajar digubal berlandaskan hukum2 islam dan menggesa majlis fatwa bersidang mengenai ISA. Menurut beliau seseorang ada hak untuk bersuara dan menyatakan samada dia benar atau salah.Beliau turut membayangkan bagaimana suatu hari nanti negara kita dikuasai orang bukan islam dan menyalahgunakan ISA.Jika hendak dipertahankan juga ISA, seharusnya ia digubal berlndaskan hukum2 islam.
Mengenai demonstrasi pula, mereka boleh mengkritik demonstrasi tersebut kononnya menggangu ketenteraman awam, merosakkan perpaduan menggangu kehidupan harian di kuala Lumpur dan macam macam lagi.ya itu hak mereka untuk mengkritik tetapi adakah mereka terpikir nasib dan perasaan anak2 dan isteri mangsa ISA yg telah ditahan bertahun lamanya tanpa diberi peluang membela diri. sudah tentu keluarga mangsa ISA lebih merasa peritnya, dimana isteri sendirian mencari rezeki untuk menyara anak dan anak2 kehilangan kasih sayang seorang ayah disamping terganggu emosinya sebagai kanak2. Sudah tentu mereka terpanggil untuk memperjuangkan supaya ISA dimansuhkan.oleh itu aku tidak menyalahkan mereka yg berdemonstrasi. Mengenai kerugian beribu2 ringgit kesan dari demokrasi ini apalah sangat jika dibandingkan dengan berapa ramai yg ditahan di ISA tanpa terbukti kesalahan mereka sedang menaggung kesengsaraan. Kita harus faham tiada sesutu yg baik boleh diperolehi secara percuma. Demokrasi, kebebasan dan keadilan harus dibeli dengan nyawa, harta benda dan darah.

3 comments:

aduka said...

salam saudari
saya setuju dgn mufti perlis tu gak ISA digubal berlandaskan hukum islam tapi saya x setuju ia dmansuhkan sebab jika tidak semakin ramai orang akan berani meyuarakan isu2 senstif yang yang tidak boleh terkawal.

aduka said...
This comment has been removed by the author.
ismihamidah said...

bg amb0, dimansuhkan pn tdk mnjadi masalahn..ISA bukan satu2ny undg2 yg boleh menyekat isu2 sensitif,jika dimansuhkan ianya boleh diganti dgn undg2 yg lebih baik berlandaskan hukum2 islam..ingat!!!"manusia yg menggubal undang2 bukan undang2 yg menggubal manusia!!!"