Friday, August 28, 2009

nur kasih:>>realiti 'seorang' lelaki

Tadi sempat tengok cite nur kasih 1/2 jam, episod ke brpa ntah..actually, x penah follow pn cte nih tp tengok suma dak2 umah excited sgt kt depan tv tuh, rasa terpanggil lak nk join skali...conclusion drpd 1/2 jam melayari sebahagian drpd episod nur kasih membibitkan sedikit kebencian terhadap sikap kaum lelaki zaman sekarang yg tidak menghargai wanita ...hurm, agak emosional bunyinya tapi itulah realitinya...lelaki,amat senang melafazkan kata cinta dan cepat pula mengubahnya, sering kali kita dipermainkan oleh kata2 dan pujuk rayu dari lidah 'mereka' yg tidak bertulang itu...dan kita pula kaum perempuan seringkali tewas kerana kelembutan hati kita, satu2nya 'aset' yg selalu dipergunakan untuk menewaskan kita...
Watak Adam, meningalkan nur beberapa tahun lamanya kerana kononya tiada cinta, tetapi tidak pula sanggup melepaskan nur, kenapa dibiarkan hidup nur terseksa? sedangkan dia bahagia dgn isteri barunya,dimana sifat perikemanusiaannya? setelah kembali ke malaysia, dia ingin kembali kepada nur tanpa menceritakan perihal sebenar tentang perkahwinannya dgn katrina..itulah lelaki, suka sgt berselindung,apa salahnya menceritakan perihal sebenar?sedangkan itu semua tindakan dia dan dia harus berani menanggung segala yg bakal berlaku..bekatalah benar walaupun ia pahit...memanglah tidak patut secara totalnya 'menghukum' mereka kerana sebuah drama, tetapi itulah kenyataan yg harus diterima mereka, drama adalah adaptasi daripada realiti..
Dikala nur hampir percaya kepada Adam yg sudah berubah, nur dikejutkan dgn perihal perkawinan Adam dengan Katrina, yg diceritakan sendiri oleh Adam.tetapi ianya sudah agak terlambat, ia menambahkan kekecewaan nur terhadap Adam yang ketika itu sudah percaya dgn Adam dan sudah tentu merasa tertipu dan merasa tidak dihargai. Andai Adam menceritakan perihal sebenar itu lebih awal sewaktu Adam 'mula' mendekati nur, kekecewaan nur tidak mungkin sedalam sekarang kerana sewaktu itu nur tidak menaruh harapan tinggi dari Adam walaupun dia memang mencintai Adam...mmm,kecewanya apabila ditipu oleh org yg kita percaya:)p.

"Kita sering mengharap dan tidak pernah puas dengan apa yg dianugarahkan untuk kita sedangkan setiap yang dianugarahkan itu punya kesempurnaan dan kekurangan sendiri"

Tuesday, August 25, 2009

Berhenti berharap...

Indon punya lagu daaaa

Artist: Sheila On 7

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Haa...

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku salutkan kemenanganmu
Woo...

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Aku pulang...
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku
Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengertiSemua...

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Sunday, August 23, 2009

Mohammad Aboutreika


Mohammad Aboutreika, pemain bola sepak kebangsaan mesir yg selayaknya menjadi idola bg peminat bola sepak islam. Pada 2008, dia pernah diundi sbg pemain dunia paling popular dalam International Federation of Football History & Statistics (IFFHS).
Pada Jan 2008, beliau membuat satu kejutan yg amat membanggakn umat islam pada perlawaanan menentang Sudan dalam ACN di Ghana. Beliau telah menyingkapkan jersinya yang mendedahkan t-shirt yg bertulisan "sympathize with Gaza" sejurus menjaringkan gol pertama untuk perlawanan dalam ACN. Pengadil telah menghukumnya dgn mengenakan kad kuning kerana dikatakan membawa mesej berunsurkan politik. Beliau selayaknya dijulang tinggi kerana berani menaggung risiko yg bakal menggugat kariernya demi menyuarakan perasaan umat islam dan saudara2 di Gaza.
Pada 2006, beliau turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap lukisan karikatur zalim nabi Muhammad s.a.w dengan menyingkap jersi dan mendedahkan t-shirt yg bertulisan “We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" setelah menjaringkan gol pada ACN2006. Beliau menggunakan kemampuanya bermain bola sepak untuk meperjuangkan isu umat islam. Satu penngorbanan yg cukup membanggakan yg perlu dicontohi pemain bolasepak islam lain.
Setiap kali berjaya menjaringkan gol, beliau akan bersujud syukur. Beliau turut dikenali dgn seoarang yg beraklak mulia,patuh kepada perintah agama, bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan serta aktiviti sosial lain. Inilah gambaran kecenderungan dan prinsip beliau yg unik. Kerajaya sebagai pemain bola sepak tidak memisahkan tanggungjawabnya terhadap islam.
Beliaulah selayaknya menjadi idola kita, bukan david beckham,michel owen ataupun yg sewaktu dengannya!!!

Saturday, August 22, 2009

Don't judge book by it's cover

"Mungkin insan yang zahirnya buruk, namun keampunan Allah melimpah untuknya disebabkan perkara-perkara yang tidak kita ketahui. Mungkin juga seseorang kelihatan baik pada sisi manusia, namun dia keji di sisi Allah. Allah menimbang setiap insan amalan baik dan buruknya. Sesiapa amalan baik melebihi amalan buruknya, maka selamatlah dia. " Dr. Maza.

Saturday, August 15, 2009

Mengimbau memori lama

Pengalaman mewarnai kehidupan~terimbau kenangan lalu,sewaktu baru meniti alam persekolahan, warna2 kehidupan tercorak dan menghasilkan diri aku sekarang, satu perjalanan yg cukup untuk mendewasakan aku...
Kehidupan menuntut ilmu secara formal bermula ketika umur aku 6 tahun. aku dihantar oleh mak n abah belajar di tadika islam kt kampung. Tadika ini menekan aspek ilmu keagamaan. disini aku diajar menghafal doa2 basic spt doa mkn,doa tidur n etc, belajar bahasa arab, belajar sembahyang, belajar mengenal huruf jawi...mmm, satu permulaan hidup yg bersih.
Umur 7 thn aku masuk sekolah rendah,darjah 1. seingat aku, hari pertama persekolahan aku hanya ditemani oleh abang aku tanpa ditemani mak n abah.time tu abg aku 2 orang satu sekolah ngn aku. abah aku pula sibuk ngn business proses ayam yg masih baru waktu tu. selalunya hari 1st persekolahan, suma orang ditemani ibu bapa...mmm,tapi aku tak kisah pn sebab dah biasa pergi tadika sorang2 sebelum ni. lagipun abang aku kan ada,diorang la yg tolong wat pendaftaran tuk aku. respect la kt abg aku, br umur 11 tahun dah boleh amek tanggungjawab seorang ayah. bila difikir2kan balik, bagus jugak abah train kitaorang cam tuh, bila besar boleh idup berdikari dan tak menyusahkan orang lain. aku ni kira ok la xpayah daftarkan diri sendiri, abang aku sekolah rendah p daftar sendiri jek.
Umur 13 thn,aku masuk sekolah menengah. Hal2 yg berkaitan untuk pendaftaran persekolahan semuanya disettlekan sendirian. ayah aku hanya menghulurkan wang. time ni rasa bangga kerana sudah berjaya mengurangkan sedikit beban abah, tak perlu temankan pergi pendaftaran:)p.Abah tak sama ngn abah orang lain.waktu kerjanya berbeza, tidak ada cuti dalam hidupnya. itulah pengorbanan abah utk kami. sebab tu aku seboleh2nya tidak mahu menyusahkan beliau walaupun kekadang sengaja menyusahkan...he. aku stay kt asrama dr form 1 smp form 5.banyak sgt kenanagan time alm persekolahan menegnah Kenanagan yg paling tidak dilupakan, time result pmr kuar, aku dapat 7a..smp ja rumah abah dah tunggu, abah peluk dan cium aku..di situ ada sinar kegembiraan dan kebahagiaan dr riak muka abah.itulah hadiah dr abah plg bermakna utk aku.time tu rasa amat bersyukur dapat mengengembirakan abah. Tapi time spm aku dah kecewakan abah,aku gagal mendapat keputusan cemerlang. ingat abah dah nk marah, tapi sebaliknya berlaku, abah bg kata2 semangat utk aku. aku tahu abah bukan mengharapkan kecemerlangan akademik semata2, tetapi abah mengharapkan aku menjadi MANUSIA yg sebenarnya.
pas spm,aku dpt masuk uitm. time ni pergi pendaftaran pun sendirian.semuanya yg berkaitan dengan pendaftaran termasuk yuran,medical checkup,isi borang aku settlekan sendiri. abah hulurkan wang..he.bila difikir2kan balik betul tindakan abah mengjar aku berdikari sejak sekolah rendah.bila dah besar hampir suma hal aku boleh wat sendiri. Setiap tindakan ibu bapa kita sebenarnya satu perancangan yang terbaik untuk kita tanpa kita sedari. time diploma rasanya paling banyak kenangan bersama kwn2,yg paling xdpt dilupakan time dok umah sewa. team 1 umah sewa :jura,asma,yus, ummi, khai,isma, nye...tahun 2006, tamat pengajian diploma dan 2007 konvokesyen berlangsung.time konvo mak n abah tak datang pn,aku tak kisah pun sebenarnya even ter detik dlm ati seronok jgk hari bahagia kita dikongsi ngn org tersayang. tapi aku harus paham ngn kesibukan abah ngn proses ayam. lgipun dimana2 pn ia boleh diraikan...
Sekejap ja masa berlalu, sekarang dah masuk degree.dah nak abes pn...mmm...itulah antara perjalanan hidupku yg menghasilkan diri aku sekarang...'diri kita hasil dari coretan masa lalu'

Tuesday, August 11, 2009

Selsema

mmm..akhir2 ni hujan tiap2 petang,semalam balik kelas time hujan, apalagi hari ni terus kena serang ngn selsema..rasa terganggu lak nk wat kerja, hingus x berenti2 keluaq,agak tension la (astaghfirullah), tuh yg beralih ke blog nih...
minta2 dijauhkan dr selsema babi:)p..YaALLAH selamatkan hambaMU, ibu bapa, keluarga, rakan2 dan seluruh umat islam dr selsema babi...ameen.
Penyakit adalah salah satu ujian drNya untuk menyedarkan kita bg yg terleka dan meningkatkan lg iman seseorang bg yg berjaya menghadapinya...tapi seringkali kita (termasuk aku) mengeluh apabila ditimpa sesuatu penyakit, seringkali kita lupa yg mendatangkan penyakit tersebut adalah Allah dan itulah tanda sayangnya Pencipta terhadap hambaNya. Oleh itu haruslah kita bersabar menghadapinya dan bermuhasabah diri terhadap apa yg telah kita lakukan sebelum ini, adakah betul tindakan kita selama ini atau sudah tersasar jauh dr Nya?

hmm,,pagi ni hujan lagi,tak jadi nk jumpa supervisor, takut lak t melarat lak selsema..mmm, tid0 jela kt rumah...bismikallah humma ahya na wa amud..ameen...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, August 6, 2009

Nisfu Syaaban

Malam nisfu syaaban adalah malam yg ke15 syaaban dalam kalendar islam dimana malam tersebut Allah mengampuni semua hamba2Nya kecuali musyrik (orang2 yg syirik) dan orang yang bermusuhan (orang yg saling membenci).
Berdasarkan amalan masyarakat kita saban tahun sehingga sekarang, malam nisfu syaaban biasanya diisi dgn solat sunat selepas maghrib berserta doa minta dipanjangkan umur, bacaan yasin 3 kali, dan berpuasa sunat pada keesokan harinya.
Adakah amalan2 ini disabitkan daripada nabi Muhammad s.a.w?

Persoalan ini telah dijawab oleh Dr. Asri, mantan mufti Perlis didalam web beliau, http://drmaza.com/ (minda mufti) seperti di bawah:

Hadith-hadith tentang Nisfu Sya’ban tidak mengajar kita apakah bentuk amalan khusus malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca yasin sempena Nisfu Sya’ban, solat-solat khas tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

Tuesday, August 4, 2009

logik ke

Semalam g service motor, tukaq apa yg patut...mmm...abes rm105..cm xlogk jek tp nk wat cmna aku pn xtau harga seben0r setiap brg2 yg aku tukq tuh..huh..ni lar akibatnya x penah g service motor sdr so xtau hrga brg2 utk motor,sll adik aku yg wat suma ni, ni da d0k jauh kena la g anta kedai...moral value,belajarlah mengenali barang2 motor dan harganya sekali!!!

rantai rkm + minyak itam advance shell (kuning) + filter + brek belakang = rm 105

adakah den ditipu????hwa...hwa..hwa..

Monday, August 3, 2009

Kewajaran demonstrasi anti ISA

Demonstrasi anti ISA-satu perarakan beramai2 untuk penyerahan memorandum memansuhkan ISA (Internal Security Act) ke istana yg telah diadakan pd 1 Ogos 2009. Demonstrasi adalah salah satu saluran yg boleh digunapakai untuk menyuarakan sokongan atau bantahan ke atas sesuatu perkara. ISA atau akta keselamatan dalam negeri adalah undang2 penahanan untuk mencegah yg telah dikuatkuasakan di Malaysia sejak tahun 1960 lagi. Undang2 ini membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari berdasarkan pertuduhan mengancam keselamatan negara TANPA PERBICARAAN dan TANPA DIBERI HAK MEMBELA DIRI. selepas 60 hari, penahanan individu tersebut boleh berlanjutan hingga 2 tahun dan berkemungkinan sehingga satu tempoh yg panjang bergantung kepada arahan Menteri Dalam Negeri. ISA asalnya digunakan untuk tujuan kedaulatan negara untuk menentang pencerobohan kuasa asing tetapi sebaliknya telah berlaku dimana ia telah disalahgunakan untuk menjamin keselamatan kerajaan bukan keselamatan negara.Bagi aku dalm hal ini, demonstrasi ini amatlah wajar!!!
walaupun aku bukan ahli politik atau orang yg berkenaan yg layak membicarakan perihal ISA, tetapi berbekalkan sedikit pendedahan tentang ISA rasanya sudah cukup kuat untuk aku turut tidak bersetuju dgn akta kezaliman ini..Adakah dibenarkan dalam islam seseorang yg ditahan tidak diberi peluang untuk membela diri dalam satu perbicaraan adil dan terbuka??Adakah adil ISA hanya dikenakan keatas pengkritik2 kerajaan??Apakah yg akan terjadi jika satu masa kelak negara kita dikuasai oleh orang bukan melayu dan islam dan pd masa itu ISA masih wujud???Tidakkah ia akan disalahgunapakai untuk melenyapkan melayu atau orang islam???
Berdasarkan pendapat dari bekas mufti perlis tentang kewajaran ISA, beliau dengan jelas menyatakan ISA wajar digubal berlandaskan hukum2 islam dan menggesa majlis fatwa bersidang mengenai ISA. Menurut beliau seseorang ada hak untuk bersuara dan menyatakan samada dia benar atau salah.Beliau turut membayangkan bagaimana suatu hari nanti negara kita dikuasai orang bukan islam dan menyalahgunakan ISA.Jika hendak dipertahankan juga ISA, seharusnya ia digubal berlndaskan hukum2 islam.
Mengenai demonstrasi pula, mereka boleh mengkritik demonstrasi tersebut kononnya menggangu ketenteraman awam, merosakkan perpaduan menggangu kehidupan harian di kuala Lumpur dan macam macam lagi.ya itu hak mereka untuk mengkritik tetapi adakah mereka terpikir nasib dan perasaan anak2 dan isteri mangsa ISA yg telah ditahan bertahun lamanya tanpa diberi peluang membela diri. sudah tentu keluarga mangsa ISA lebih merasa peritnya, dimana isteri sendirian mencari rezeki untuk menyara anak dan anak2 kehilangan kasih sayang seorang ayah disamping terganggu emosinya sebagai kanak2. Sudah tentu mereka terpanggil untuk memperjuangkan supaya ISA dimansuhkan.oleh itu aku tidak menyalahkan mereka yg berdemonstrasi. Mengenai kerugian beribu2 ringgit kesan dari demokrasi ini apalah sangat jika dibandingkan dengan berapa ramai yg ditahan di ISA tanpa terbukti kesalahan mereka sedang menaggung kesengsaraan. Kita harus faham tiada sesutu yg baik boleh diperolehi secara percuma. Demokrasi, kebebasan dan keadilan harus dibeli dengan nyawa, harta benda dan darah.