3rd day kt Beijing, dibawa melawat tempat pembuatan benang sutera. Lokasi di tengah2 bandar Beijing. Disini boleh tengok proses penghasilan benang sutera. Sutera ni sebenaqnya serat protein yg ditenun jadi tekstil, hasil dr kepompong yg dihasilkan larva ulat sutera murbei. Proses pembuatan agak ringkas, tp agak geli part keluarkan ulat dr kepompong tu,,ulatnya besaq2 dan agak menggelikan....
Lokasi museum sutera
Ulat sutera yg kenyang selepas makan daum murbai akn membentuk coccon/kepompong (bahan asas sutera)
Ulat sutera dikeluarkan dari kepompong (selepas kepompong direndam dalam air)
Proses melebarkan kepompong
Kepompong yg kecil tadi dilebarkan dan dilapiskan beberapa lapisan untuk membentuk comforter.
Kepompong ulat sutera yg dibentangkan menghasilkan sepanjang 1000yard benang. Untuk menghasikan sekilo benang sutera memerlukan 55000 ulat sutera. Itulah uniknya sutera.
Selepas melawat museum sutera, pegi shopping kt yashow clothing market, di tgh2 bandar beijing yg crowded. Dengan jalan yg ntah apa2 & parking yg agak mengerikan. Lebih baik naik basikal kalau berniat nk stay kat beijing.Surrender awal2 lg...
Kat complex ni ada jual bermacam2 benda, dari pakaian hingga ke gadget, semuanya ada.. Cuma barangan yg dijual adalah fake brand. Jika bijak tawar menawar kita boleh dapat dengan harga yg tersangat2 murah tetapi part quality memang tak dijamin. Inilah uniknya China, semua barang terer utk di"fake"kkan,kagum seketika...
No comments:
Post a Comment