Amalan pertama sebelum solat, yg dilakukan setiap hari dan setiap waktu oleh umat islam, punyai enam fardhu semuanya. Di sebalik enam fardhu itu, sedarkah kita ia punya hikmah dan doa tersendiri.
1) Niat
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah s.w.t."
2) Membasuh muka
"Ya Allah, putihkanlah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari putihnya muka wali2 Engkau, dan janganlah engkau hitamkan mukaku dengan kegelapan pada hari hitamnya muka musuh-musuh Engkau."
3)Membasuh kedua- dua belah tangan hingga ke siku
" Ya Allah, berikanlah kepadaku kitab amalanku dengan tangan kananku dan hisabkanlah kepada daku dengan hisab yang mudah".
"Ya Allah, aku berlindung kepada engkau daripada memberikan kepadaku kitab amalanku dengan tangank kiri ataupun dari belakangku".
4)Menyapu sedikit air di bahagian kepala
"Ya Allah, tutupilah daku dengan rahmat Engkau, dan turunkanlah kepadaku keberkatan Engkau, naungilah akan daku dibawah naungan arasy Engakau pada hari tidak ada naungan melainkan naungan Engkau".
5)Membasuh kaki hingga dua buku lali
5)Membasuh kaki hingga dua buku lali
"Ya Allah, tetapkanlah kedua-dua kakiku pada sirat, pada hari Engkau jatuhkan kaki-kaki".
Menarik kan,setiapkali berwuduk kita bkn berwuduk semata-mata, tetapi sebaliknya kita turut mendoakan untuk kesejahteraan hidup di sana..selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment